Warning: fopen(/home/pernimor/public_html/2009/modules/jsn_imageshow_free/xmldata41.xml) [function.fopen]: failed to open stream: Permission denied in /home/pernimor/public_html/2009/modules/mod_jsn_imageshow_free.php on line 148

Warning: fwrite(): supplied argument is not a valid stream resource in /home/pernimor/public_html/2009/modules/mod_jsn_imageshow_free.php on line 149

Warning: fclose(): supplied argument is not a valid stream resource in /home/pernimor/public_html/2009/modules/mod_jsn_imageshow_free.php on line 150

Daftar Masuk






Lost Password?
No account yet? Register

Pengasas Pernim

Kotak pesanan


Sedang melayari

Laman utama
Pengenalan

Penagihan dadah, hubungan seks bebas dan kandungan di luar nikah merupakan penyumbang utama kepada penyakit HIV/AIDS di negara ini yang mana ia terus meningkat setiap tahun. ImageBerdasarkan kajian UNICEF di Malaysia wabak sebahagian besarnya dipengaruhi oleh pengguna dadah secara suntikan merupakan kira-kira 73% daripada jumlah kes. Walau bagaimanapun, terdapat kebimbangan tentang tularan heteroseksual yang sedang meningkat. Perkadaran wanita yang dilaporkan mempunyai HIV telah bertambah dengan besar pada dekad yang lalu daripada 4% pada tahun 1996 kepada 15% kes baru menjelang akhir tahun 2007. Kajian menunjukkan bahawa pada tahun 2007, lebih banyak suri rumah diuji positif HIV berbanding dengan pekerja seks. Pada masa yang sama, peratus bayi yang dilahir dengan HIV juga meningkat dari 0.2% kes baru pada tahun 1991 kepada 1.4% kes bagi tahun 2007.


Sama seperti di kebanyakan bahagian dunia, bilangan golongan muda di Malaysia dengan jangkitan HIV meningkat setiap tahun. Manakala berdasarkan statistik bulan Disember 2007 daripada Kementerian Kesihatan mendedahkan bahawa 36% jangkitan ini adalah dalam kalangan umur antara 13 hingga 29 tahun. Kematian ini wujudnya 4,000 anak-anak yatim yang terbiar dan  tersisih oleh masyarakat akibat stigma dan kurangnya pengetahuan terhadap penyakit HIV/AIDS. Tidakkah terlintas di benak fikiran kita di manakah mereka ingin mengadu nasib? berlindung? Jadi siapakah yang sanggup memberikan mereka secebis kasih sayang? Bagaimana dengan pendidikan mereka? dan apabila mereka sakit bagaimana dengan perubatan mereka?. Semua ini menjadi persoalan, apa yang pasti kebanyakan kanak-kanak ini tidak mendapat simpati dari keluarga terdekat mereka setelah kematian kedua ibu-bapa dan tidak keterlaluan jika dikatakan mereka telah dibuang atau disisih oleh keluarga terdekat mereka sendiri kerana malu kepada masyarakat.

Image

Hingga kini,mungkin tidak ramai individu atau badan-badan NGO yang sanggup tampil ke hadapan demi membela dan menghulurkan bantuan terhadap anak-anak pesakit HIV/AIDS kerana mereka mungkin menganggap tanggungjawab ini hanya wajar diserahkan sepenuhnya kepada keluarga kanak-kanak yang terdekat dan kerajaan. Namun begitu dalam berjuta rakyat Malaysia ada juga seorang insan yang berhati mulia yang sudi membantu nasib kanak-kanak pesakit HIV/AIDS iaitu Puan Hjh Norlina bte Hj Alawi serta seluruh ahli keluarga yang terdiri dari suami, anak-anak yang masih bersekolah menengah dan rendah turut sama memikul tanggungjawab ini.Keluarga penyayang ini hanya merupakan sebuah keluarga sederhana Puan Hjh Norlina Hj Alawi, beliau hanya menjalankan Perniagaan Katering sebagai sumber pendapatan dan suaminya pula berkerja sebagai Pegawai Angkatan Tentera. Rezeki pendapatan inilah dikongsi sama bagi membesarkan anak-anak ini setakat termampu. Semuanya adalah kehendak Tuhan yang mengerakan hati, lantaran rasa keinsafan dan kesedaran bahawa mereka juga adalah makhluk Allah yang bergelar insan mempunyai hati serta perasaan.

 

Read more...
 

Undian Pendapat

Apa pandangan anda tentang laman web baru Pernim?
 
Budi Yang Ditabur...Menggunung Yang Menadah
Hati Yang Luhur...Baraqah Terindah
Tangan Yang Di Hulur...Yang Menggapai Bermadah
Ihsan Yang Di Jalur...DiRahmati Allah...
...Insya' Allah...

[ Tukar Kawasan ]
Tutup
bersama artis
Bebas
Bebas
bersama artis
gembira
Bebas
bersama artis
Bebas
bersama artis
bersama artis

Ayat al-quran pilihan


Free Joomla Templates by JoomlaShine.com